DUGAAN BUAT PKR
Monday, March 8, 2010
, Posted by SYED HUSSAIN IDROS at 3:02 PM
Dugaan demi dugaan yang berlaku ke atas PKR adalah dianggap sebagai suatu cabaran bagi mencapai kejayaan di dalam arena politik. Isu demi isu yang dikemukakan oleh wakil PKR yang telah keluar dari parti hanya membuktikan bahawa mereka-mereka ini tidak baca dan fahami “17 PRINSIP PERJUANGAN PARTI”. Mereka yang dimaksudkan adalah mereka-mereka yang tidak ikhlas dan tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan. Kehidupan mereka adalah seperti LALANG yang tidak menentu dan boleh berpihak kemana-mana tertakluk kepada angin yang meniupnya.Mereka itu semua tahu bahawa PKR akan mengadakan pemilihan pemimpin menjelang akhir tahun ini dan sekiranya mereka itu di pihak yang benar dan ikhlas dalam perjuangan, tawarkanlah diri untuk menjadi pemimpin di peringkat pusat dan buatlah perubahan yang perlu dibuat sekiranya parti telah terkeluar dari landasan perjuangan. Dimanakah sifat pejuang yang dilaungkan sekiranya sanggup keluar dan membuat berbagai tohmahan dari luar. Ini adalah diibaratkan seperti ‘anjing yang menyalak tetapi tidak mengigit’.
Kepada mereka yang telah terkeluar dari PKR, sama-samalah kita lihat pada PRU13 nanti, yang mana rakyat Malaysia akan mengetahui dimanakah tempat mereka yang sebenarnya. Mereka tidak sedar bahawa mereka adalah boneka yang digunakan oleh UMNO/BN bagi melemahkan dan menghancurkan perjuangan PKR/PR. Mereka-mereka ini adalah juga mereka yang tidak mempunyai nilai diri dan jijik dipandang apatah lagi ketika mengeluarkan kata-kata.Daripada apa yang telah berlaku di dalam PKR, ianya adalah dianggap sebagai suatu proses persediaan bagi menempuh PRU13, kerana ada di kalangan wakil rakyat dari PKR adalah mereka-mereka yang dijemput dan ditawarkan untuk bertanding pada PRU12 yang lalu. PKR perlu memastikan bahawa pada PRU13 yang akan datang, hanya mereka yang mempunyai kriteria dan karisma sahaja yang layak menjadi calon untuk bertanding mewakili PKR/PR. Biarkan pihak lawan bersorak gembira pada peringkat PERTEMPURAN, akan tetapi akan menangis kehampaan pada peringkat PEPERANGAN.


Currently have 0 comments: