Latest Post

STATUS WAKIL RAKYAT BEBAS

Monday, March 22, 2010 , Posted by SYED HUSSAIN IDROS at 1:09 PM

Kenyataan mengenai status dan keberkesanan wakil rakyat bebas yang disuarakan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari adalah sangat tepat dan harus diambil kira oleh seluruh rakyat Malaysia. Menurut beliau, dari penilaian yang dibuatnya sendiri jelas menunjukkan bahawa wakil-wakil rakyat bebas yang ada sekarang langsung tidak mempunyai kelayakan dan kemampuan. Beliau juga berpendapat bahawa wakil-wakil rakyat bebas itu tidak mempunyai kualiti, ideologi dan kehormatan yang dikatakan. Ini adalah disebabkan wakil-wakil rakyat bebas ini terdiri daripada mereka-mereka yang merajuk, dibuang dari parti dan yang diketahui gagal menjaga kawasan mereka.

Seterusnya beliau menyatakan bahawa mereka itu usahkan hendak menjadi suara ketiga, hendak hidup pun belum tahu. Kenyataan-kenyataan dari wakil yang melompat dan dipecat ini memang menyeronokkan, tetapi keseronokan itu hanya untuk dijadikan bahan-bahan berita sahaja. Beliau juga berpendapat bahawa wakil-wakil rakyat bebas itu hanya membuat bising untuk menyedapkan hati sendiri.

Jika dilihat proses atau perubahan politik dalam konteks kerajaan yang berperlembagaan, kewujudan calon-calon bebas ini bukanlah sesuatu yang diingini. Wakil bebas hanya ‘mengacau daun’ dan menjadi pengganggu sahaja. Juga kewujudan karakter-karakter seperti yang kita lihat itu hanya melambatkan dan mengganggu perubahan. Boleh dikatakan bahawa kesemua wakil-wakil bebas ini tidak lagi dihormati dan dikehendaki oleh pengundi-pengundi, malah ada di antara mereka telah diberi petisyen untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Wakil-wakil bebas yang dahulunya dari Pakatan Rakyat, usahkan hendak jadi suara ketiga, hendak terus menjadi wakil rakyat pun belum tentu. Harapan mereka untuk terus bertanding atas tiket BN pun juga belum tentu. Inilah dia yang dikatakan jenis manusia yang tidak tahu mengenang budi dan hidup di alam “perasaan”. Label dan jenis manusia apakah ini yang sanggup “mengaibkan” rakan seperjuangan hanya disebabkan kemahuan peribadi tidak kesampaian. Anjing kurap yang hidup tidak tentu arah pun tahu menghargai dan menilai jasa-jasa orang yang pernah berbuat bakti kepadanya.

Currently have 0 comments: