Latest Post

SEKALI LAGI EZAM "MENYALAK"

Posted by SYED HUSSAIN IDROS on Thursday, April 22, 2010 , under | comments (2)



Apa nak jadi dengan si Ezam ini. Tingkah laku beliau hanya menggambarkan bahawa beliau mempunyai sikap yang sangat negatif sebagai seorang manusia dan sebagai seorang Islam. Kalau sudah tidak sehaluan dengan pejuangan politik dengan Anwar Ibrahim, sudahlah, dan kalau sudah keluar dari PKR, ikutlah. Akan tetapi bertindak terus menerus menyerang keperibadian seseorang yang biasa memberi MAKAN adalah dianggap lebih hina dari anjing kurap di tepi jalan.

Tak perlulah nak menunjukkan kepada UMNO bahawa dirinya itu sebagai satu aset yang boleh menamatkan riwayat politik Anwar, agar beliau mendapat tempat yang tinggi dalam karier politik beliau di UMNO. Malahan, ramai di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri tidak senang dengan kehadiran beliau yang mereka anggap sebagai seorang yang tidak ada prinsip perjuangan.

Tidakkah beliau merasa malu kerana setiap tindakan yang diambil beliau tidak langsung membuahkan hasil dan Anwar masih diterima bukan hanya di dalam Pakatan Rakyat, malah rakyat Malaysia secara amnya. Inilah dia juara rakyat yang pakar dalam serangan peribadi, tetapi mempunyai lidah yang bercabang-cabang. Rakyat Malaysia ingin tahu dimanakah bukti-bukti yang di simpan yang mengaitkan salah laku dan rasuah di kalangan pemimpin UMNO yang dikatakan oleh beliau suatu ketika dahulu. Jenis apakah manusia ini yang sanggup menjilat air ludah dan juga diibaratkan sanggup memakan bangkai saudara sendiri.

UMNO KOTA BHARU "BODOH"

Posted by SYED HUSSAIN IDROS on , under | comments (0)



Tindakan ahli-ahli UMNO Bahagian Kota Bharu, Kelantan yang diketuai oleh Fatmi Che Salleh, mengadakan demonstrasi di luar bangunan UMNO Kota Bharu adalah satu tindakan yang paling atau boleh dikatakan sangat bodoh. Di saat-saat Zaid Ibrahim berkempen untuk memenangi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, berbagai serangan dilakukan oleh puak UMNO, kini datang pula satu bentuk serangan yang hanya memperlihatkan kebodohan dan kekejian UMNO sendiri.

Kenyataan balas oleh Zaid membuktikan bahawa pihak UMNO hanya mementingkan WANG sahaja dengan memaksa supaya bangunan tersebut dijual dengan harga yang tidak munasabah iaitu RM 9 juta. Kalau parti UMNO betul-betul ikhlas dalam perjuangan mereka, kenapa tidak cuba menebus kembali bangunan tersebut yang telah dibiayai oleh Zaid.

Sewaktu dalam UMNO dahulu, Zaid pernah menutup pejabat UMNO Kota Bharu pada pilihanraya umum yang lalu disebabkan mereka-mereka dalam UMNO ini tidak tahu menghargai jasa-jasa beliau membiayai berbagai-bagai perkara termasuk kos pentadbiran pejabat UMNO sendiri.

Rakyat di Kota Bharu semua tahu siapa sebenarnya Fatmi Che Salleh yang juga bekas Setiausaha Politik Najib yang senantiasa cuba untuk menjatuhkan Zaid Ibrahim dari dulu lagi bagi kepentingan karier politik beliau. Kini, beliau cuba sekali lagi dengan harapan bahawa pemimpin tertinggi UMNO akan menjadikan beliau sebagai wira kerana Berjaya mengaibkan Zaid Ibrahim.

DR HALILI SESAT

Posted by SYED HUSSAIN IDROS on Tuesday, April 20, 2010 , under | comments (0)



Inilah dia seorang lagi yang telah sesat di dalam arena politik sehingga sanggup mengeluarkan berbagai-bagai kenyataan mengenai parti yang pada mulanya disanjung. Berkecimpung di dalam gerakan reformasi sewaktu ketika dahulu dengan alasan bahawa BN dan pemimpinnya tidak seharusnya menjadi kerajaan. Beliau juga telah diberi peluang untuk bertanding 2 kali tetapi tidak membuahkan hasil disebabkan sikap yang tidak digemari oleh rakyat setempat.

Beliau juga mempunyai keperibadian yang tidak baik di kalangan ahli-ahli PKR di cabang Hulu Selangor. Seperkara yang utama adalah, beliau langsung tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal dan pentadbiran PKR dan Parlimen Hulu Selangor sewaktu Dato Zainal Abidin Ahmad mengalami masalah kesihatan. Adakah PKR yang telah terpesong atau beliau sendiri yang telah sesat di dalam wadah perjuangan?

Persoalannya kini, kenapa mengumumkan keluar dari parti PKR dan menyertai UMNO sewaktu pilihanraya kecil Hulu Selangor? Bukankah itu namanya mengambil kesempatan untuk menghancurkan parti yang dahulunya dicium dan bergabung dengan UMNO yang dahulunya diludah. Inilah dia manusia yang tidak mempunyai moral!!!

Kalaulah betul beliau ini salah seorang daripada pengasas PKR suatu ketika dahulu dan mempunyai semangat untuk membela nasib rakyat, kenapa sehingga saat-saat keluar dari parti, beliau tidak berada di peringkat pusat dan kedudukan beliau sebagai bendahari pun di atas ehsan kerana title beliau sebagai seorang professional, sedangkan tiada apa sumbangan dan pengorbanan yang telah beliau lakukan.

Apalah ertinya mengelarkan diri sebagai seorang pengasas atau orang yang paling lama dalam parti, sedangkan matlamat tidak kelihatan. Boleh dikatakan mereka-mereka yang berpaling tadah terdiri dari mereka-mereka yang lama dalam parti dan rapat dengan ketua umum. Mereka-mereka seperti ini tidak seharusnya berada di dalam PKR disebabkan budaya UMNO masih ada pada mereka.

Seruan ini dibuat kepada kesemua ahli-ahli PKR di seluruh Malaysia, banyak lagi mereka-mereka yang kononnya salah seorang daripada pengasas atau “orang lama” seperti ini di dalam PKR, kalau mereka tidak keluar dari parti harus disingkirkan dengan kadar segera. Ini bagi memantapkan perjuangan parti dan juga bagi persiapan menghadapi pilihanraya PRU13 yang akan datang.

YB ZULKIFLI NORDIN ?????

Posted by SYED HUSSAIN IDROS on Wednesday, April 7, 2010 , under | comments (0)



Bermacam-macam cerita telah dilemparkan oleh Zulkifli mengenai berbagai isu samada tentang parti PKR mahupun pemimpinnya. Cara beliau menyampaikan, menunjukkan seolah-olah hanya beliau sahaja yang paling baik dan mempunyai iman yang kuat dalam aspek agama. Kononnya, sekiranya beliau meneruskan lagi perjuangan di dalam parti PKR, maka dosa-dosanya akan bertambah.

Kini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kenyataan oleh Adun Kulim yang menyatakan sewaktu PRU12 yang lalu, Zulkifli telah menghantar SMS dengan meminta wang RM21,000.00 yang kononnya didesak oleh PAS. Salinan SMS oleh Zulkifli ada disimpan dan PAS telah menafikan meminta wang tersebut. Kenyataan balas dari Zulkifli adalah beliau tidak mahu mengulas berita tersebut dan hanya membiarkan sahaja.

Ada pepatah Melayu menyatakan; “Anjing kalau dah biasa cium tahi, bila-bila pun akan tetap cium tahi”. Kalau dah boleh menggunakan nama orang lain untuk memperdayakan seseorang bagi kepentingan sendiri, bila-bila pun akan tetap dengan tingkahlaku itu. Sanggup juga mempermainkan sesama rakan seperjuangan yang telah membantu dengan ikhlas sewaktu PRU12.

Adakah ini dia orangnya yang dengan lantang memperjuangkan isu-isu agama? Adakah ini dia orangnya yang kuat menyuarakan isu-isu moral? Adakah ini dia orangnya yang menjadikan amalan penipuan sebagai amalan hidup? Adakah ini dia orangnya yang mengeluarkan isu-isu yang bercanggah sebelum dan selepas dipecat dari parti? Adakah ini dia yang dikatakan “TOPENG”.

STATUS WAKIL RAKYAT BEBAS

Posted by SYED HUSSAIN IDROS on Monday, March 22, 2010 , under | comments (0)



Kenyataan mengenai status dan keberkesanan wakil rakyat bebas yang disuarakan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari adalah sangat tepat dan harus diambil kira oleh seluruh rakyat Malaysia. Menurut beliau, dari penilaian yang dibuatnya sendiri jelas menunjukkan bahawa wakil-wakil rakyat bebas yang ada sekarang langsung tidak mempunyai kelayakan dan kemampuan. Beliau juga berpendapat bahawa wakil-wakil rakyat bebas itu tidak mempunyai kualiti, ideologi dan kehormatan yang dikatakan. Ini adalah disebabkan wakil-wakil rakyat bebas ini terdiri daripada mereka-mereka yang merajuk, dibuang dari parti dan yang diketahui gagal menjaga kawasan mereka.

Seterusnya beliau menyatakan bahawa mereka itu usahkan hendak menjadi suara ketiga, hendak hidup pun belum tahu. Kenyataan-kenyataan dari wakil yang melompat dan dipecat ini memang menyeronokkan, tetapi keseronokan itu hanya untuk dijadikan bahan-bahan berita sahaja. Beliau juga berpendapat bahawa wakil-wakil rakyat bebas itu hanya membuat bising untuk menyedapkan hati sendiri.

Jika dilihat proses atau perubahan politik dalam konteks kerajaan yang berperlembagaan, kewujudan calon-calon bebas ini bukanlah sesuatu yang diingini. Wakil bebas hanya ‘mengacau daun’ dan menjadi pengganggu sahaja. Juga kewujudan karakter-karakter seperti yang kita lihat itu hanya melambatkan dan mengganggu perubahan. Boleh dikatakan bahawa kesemua wakil-wakil bebas ini tidak lagi dihormati dan dikehendaki oleh pengundi-pengundi, malah ada di antara mereka telah diberi petisyen untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Wakil-wakil bebas yang dahulunya dari Pakatan Rakyat, usahkan hendak jadi suara ketiga, hendak terus menjadi wakil rakyat pun belum tentu. Harapan mereka untuk terus bertanding atas tiket BN pun juga belum tentu. Inilah dia yang dikatakan jenis manusia yang tidak tahu mengenang budi dan hidup di alam “perasaan”. Label dan jenis manusia apakah ini yang sanggup “mengaibkan” rakan seperjuangan hanya disebabkan kemahuan peribadi tidak kesampaian. Anjing kurap yang hidup tidak tentu arah pun tahu menghargai dan menilai jasa-jasa orang yang pernah berbuat bakti kepadanya.

DUGAAN BUAT PKR

Posted by SYED HUSSAIN IDROS on Monday, March 8, 2010 , under | comments (0)



Dugaan demi dugaan yang berlaku ke atas PKR adalah dianggap sebagai suatu cabaran bagi mencapai kejayaan di dalam arena politik. Isu demi isu yang dikemukakan oleh wakil PKR yang telah keluar dari parti hanya membuktikan bahawa mereka-mereka ini tidak baca dan fahami “17 PRINSIP PERJUANGAN PARTI”. Mereka yang dimaksudkan adalah mereka-mereka yang tidak ikhlas dan tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan. Kehidupan mereka adalah seperti LALANG yang tidak menentu dan boleh berpihak kemana-mana tertakluk kepada angin yang meniupnya.

Mereka itu semua tahu bahawa PKR akan mengadakan pemilihan pemimpin menjelang akhir tahun ini dan sekiranya mereka itu di pihak yang benar dan ikhlas dalam perjuangan, tawarkanlah diri untuk menjadi pemimpin di peringkat pusat dan buatlah perubahan yang perlu dibuat sekiranya parti telah terkeluar dari landasan perjuangan. Dimanakah sifat pejuang yang dilaungkan sekiranya sanggup keluar dan membuat berbagai tohmahan dari luar. Ini adalah diibaratkan seperti ‘anjing yang menyalak tetapi tidak mengigit’.

Kepada mereka yang telah terkeluar dari PKR, sama-samalah kita lihat pada PRU13 nanti, yang mana rakyat Malaysia akan mengetahui dimanakah tempat mereka yang sebenarnya. Mereka tidak sedar bahawa mereka adalah boneka yang digunakan oleh UMNO/BN bagi melemahkan dan menghancurkan perjuangan PKR/PR. Mereka-mereka ini adalah juga mereka yang tidak mempunyai nilai diri dan jijik dipandang apatah lagi ketika mengeluarkan kata-kata.

Daripada apa yang telah berlaku di dalam PKR, ianya adalah dianggap sebagai suatu proses persediaan bagi menempuh PRU13, kerana ada di kalangan wakil rakyat dari PKR adalah mereka-mereka yang dijemput dan ditawarkan untuk bertanding pada PRU12 yang lalu. PKR perlu memastikan bahawa pada PRU13 yang akan datang, hanya mereka yang mempunyai kriteria dan karisma sahaja yang layak menjadi calon untuk bertanding mewakili PKR/PR. Biarkan pihak lawan bersorak gembira pada peringkat PERTEMPURAN, akan tetapi akan menangis kehampaan pada peringkat PEPERANGAN.

TAWARAN KEPADA ZULKIFLI NOORDIN

Posted by SYED HUSSAIN IDROS on , under | comments (0)



Sikap dan tingkah laku seseorang itu yang ada kalanya mempunyai sifat yang sangat angkuh dan taksub sehingga lupa asal-usul dan pengorbanan orang lain di sekeliling adalah sangat menjadi tanda tanya. Kata-kata yang dikeluarkan mengikut rasa hati atau dengan perasaan emosi hanya akan mengundang padah. Harus diakui bahawa kejayaan atau pencapaian adalah disebabkan kerjasama ramai yang terlibat atau pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan matlamat dapat dicapai dan kemenangan adalah milik bersama.

Mengaib dan mengkritik sesama sendiri adalah satu perbuatan yang sangat tidak berhemah apatah lagi apabila teguran telah dibuat bagi menenangkan keadaan. Apakah Islam mengajar kita melupakan jasa-jasa dan pertolongan orang lain? Apakah hukum dalam Islam sekiranya kita memburukkan mereka-mereka yang telah bersusah payah bagi memastikan kejayaan? Perjuangan Islam apakah yang telah diperjuangkan selama ini selain dari hanya “kalimah Allah”? Insaflah dan bertaubatlah, kerna ALLAH Maha Mengetahui dan Maha segala-galanya.

Kini setelah terkeluar dari PKR, kelihatan banyak tawaran yang telah dibuat kepada Zulkifli dan dari beberapa tawaran itu hanya satu sahaja yang dinamakan parti Islam yang mana perjuangannya lebih kepada agama Islam. Alangkah sedihnya apabila yang menawarkan adalah juga mereka yang mana laporan polis dibuat dan ini jelas menunjukkan bahawa mereka-mereka ini tidak mempunyai sifat pendendam. Yang lebih lucu adalah tawaran dari PPP yang disuarakan oleh Naib Presidennya yang membuka pintu khusus kepada Wakil Rakyat yang lompat parti.

Wahai saudara Zulkifli ... fikirkanlah semasaknya kalau sungguh bagai dikata. Berundur tidak melambangkan kekalahan dan perjuangan harus dilakukan bersama dan bukan secara individu. Kemanakah hala tuju anda sekarang dan AWAS sekiranya silap langkah maka sudah tentu gelaran akan dilemparkan kepada anda. Parti politik manakah yang hendak digunakan sebagai platform bagi perjuangan agama? Setiap manusia di bumi Allah ini tidak terkecuali daripada membuat kesilapan namun ruang bagi memperbetulkannya masih ada dan terbuka, INSYAALLAH.

OK KE SI FAIRUS NI

Posted by SYED HUSSAIN IDROS on Monday, March 1, 2010 , under | comments (0)



Seperti yang telah dijangkakan akhirnya Fairus terjebak juga dan akhirnya membuat kenyataan keluar dari PKR dan memasuki UMNO. Beliau merupakan saki baki bekas dan pemimpin PKR yang kononnya mempunyai prinsip perjuangan bertindak keluar dari parti. Apa yang melucukan adalah kenyataan beliau mengenai sebab-sebab beliau beralih kepada UMNO adalah PRINSIP MEMPERTAHANKAN AGAMA DAN KEPENTINGAN RAKYAT.

Apa sebenarnya yang beliau katakan ini? Apakah prinsip beliau sewaktu bertanding di dalam PRU12 yang lalu? Apakah prinsip beliau sewaktu menerima jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dahulu? Apakah prinsip beliau sewaktu berkempen memburukkan UMNO dahulu? Apakah prinsip beliau apabila disabitkan dengan kes rasuah? Adakah beliau tahu dan faham erti sebenarnya perkataan PRINSIP !!!

Gambaran yang di tunjukkan adalah lebih kepada orang yang tidak mempunyai prinsip. Ibarat kata .... seperti KATAK yang akan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Orang yang berprinsip adalah mereka-mereka yang berpegang teguh walau apa sekalipun, dan tidak mungkin sama sekali beralih daripada apa yang dikatakan sewaktu dahulu. PKR juga merasa gembira dan tidak marah apabila UMNO sedia menerima mereka-mereka yang mempunyai prinsip yang sedemikian.

CUKUPLAH TU YB ZULKIFLI

Posted by SYED HUSSAIN IDROS on , under | comments (0)



Kenyataan demi kenyataan yang telah dilemparkan oleh Zulkifli di media-media tanpa henti dilihat sebagai melepaskan geram dan dendam sahaja. Memberi gelaran demi gelaran kepada mereka-mereka yang sebelum ini bersama-sama berjuang dengan objektif yang sama adalah tidak baik dan bukan cara yang diajar oleh junjungan kita. Mungkin YB Zulkifli di pihak yang benar dan mungin juga YB Zulkifli di pihak yang salah. Apa sebenarnya yang hendak beliau capai dengan tindakan yang sedemikian?

Rakyat Malaysia semua tahu dan juga YB Zulkifli pun sedar bahawa fenomena politik telah berubah semenjak PRU12 yang lalu di mana kedua-dua gabungan parti politik samada BN mahupun PR telah tidak menggunakan isu agama dan bangsa sebagai agenda perjuangan. Isu ini dianggap sebagai satu isu yang sangat sensitif dan boleh mengakibatkan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia secara amnya.

BN setelah menyedari bahawa sokongan rakyat Malaysia berpihak kepada PR telah mewujudkan slogan 1MALAYSIA bagi meraih sokongan tidak kira agama dan bangsa. Tidak cukup dengan itu, datang pula slogan RAKYAT DIUTAMAKAN, juga tidak mengira agama dan bangsa dan yang terakhir sekali slogan JUARA RAKYAT juga tidak menyebut agama dan bangsa. Strategi dan taktik ini adalah yang diguna pakai oleh PR sewaktu PRU12 yang lalu dan telah terbukti berjaya seterusnya memberi kemenangan yang besar kepada PR.

Tidak etikal memberi gelaran kepada pemimpin Islam yang berjuang dan berkhidmat di bawah pemerintah yang dikuasai oleh pemimpin yang bukan Islam. Sepatutnya sokongan harus diberi bagi memantapkan lagi agenda perjuangan mereka demi membela nasib bangsa dan agama secara amnya di Malaysia dan bukannya di negeri-negeri secara individu. Puas sudah kerajaan PAS Kelantan berusaha tetapi tidak disokong oleh kerajaan Malaysia BN. BN juga tidak guna pakai sepenuhnya hukum Islam sebab mempunyai gabungan yang terdiri daripada parti-parti yang bukan Islam.

Seruan kepada YB Zulkifli, gunakanlah platform yang lain untuk memperjuangkan kepentingan agama dan bukan melalui parti politik. Pelajarilah dari pengalaman yang telah dilalui oleh negeri Kelantan. Seharusnya seseorang yang hendak memperjuangkan agama Islam, sifat merendah diri dan berbudi pekerti yang sangat tinggi adalah kriteria-kriteria yang perlu ada. Adakah ilmu yang ada sudah cukup untuk menghina dan memberi gelaran kepada sesama Islam???

TENGKU RAZALEIGH POLITICIAN TULEN

Posted by SYED HUSSAIN IDROS on Wednesday, February 24, 2010 , under | comments (0)



Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah mengenai tuntutan royalti minyak Kelantan adalah wajar dan patut dicontohi oleh para pemimpin parti politik yang lain. Royalti minyak bukanlah isu politik atau hak parti politik atau juga hak pemerintah, tetapi ianya adalah hak rakyat dan harus dipulangkan kepada rakyat menerusi kerajaan negeri masing-masing yang telah diberi mandat oleh rakyatnya.

Tidak kiralah apa nama yang hendak dipanggil, samada wang royalti atau wang ihsan, akan tetapi ianya haruslah dibayar tanpa syarat oleh Kerajaan Pusat. Apa gunanya membayar wang tersebut kononnya kepada rakyat sedangkan ianya tidak sampai kepada Kerajaan Negeri. Yang lebih malang, Kerajaan Pusat dari BN/UMNO telah menentukan secara “veto” bahawa wang tersebut akan digunakan untuk pembangunan oleh satu badan atau agensi yang dibentuk dan dikuasai oleh mereka sendiri. Tidakkah mereka (BN/UMNO) sedar bahawa rakyat telah membuat keputusan pada PRU12 yang lalu dan telah memberi mandat kepada pemimpin pilihan mereka untuk mentadbir Kerajaan Negeri.

Sebagai seorang pemimpin veteran, Tengku Razaleigh sedar bahawa kerajaan Malaysia dari BN/UMNO tidak ikhlas dan jujur kepada rakyat Malaysia dan mempunyai agenda tersendiri dan telah cuba untuk membetulkan keadaan, malangnya beliau telah dikritik dan diberi amaran kerana melanggar prinsip parti (UMNO). Kenyataan Tengku Razaleigh baru-baru ini adalah sangat menarik kerana secara tidak langsung menyatakan bahawa kerajaan Malaysia (kerajaan BN) membezakan hak royalti di antara negeri-negeri di pantai timur dengan negeri-negeri di timur Malaysia, sedangkan jarak lokasi minyak ditemui ada tidak berbeza. Mengapakah BN/UMNO masih mempunyai sifat menganak tirikan rakyat di pantai timur?

Apakah ertinya slogan-slogan yang dikeluarkan oleh UMNO seperti ... 1 MALAYSIA, JUARA RAKYAT, RAKYAT DIDAHULUKAN, PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT dan bermacam lagi kalau CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Adakah ini yang dinamakan perubahan bagi memenangi hati rakyat sedangkan masih dengan budaya politik lama yang hanya pentingkan rakyat sewaktu pilihanraya sahaja, kemudian suara rakyat tidak diendahkan langsung. Bak kata Peribahasa Melayu; LEPAS JAMBATAN TONGKAT DI BUANG.